Dulu Aku Umur


Assalamualaikum

Hari yang berajin,ajin  bermalas di rumah.di plus-plus dengan demam hujung sem yang melanda.kalau aku ade anjing laut biru yang dapat bawak aku balik kampong memang aku balik. Kelas tok sem pon da habis. harap aku boleh xtengok lagi buku2 nie sem depan.

Dari satu part ke satu part.apa ja yang x di usulkan.da macam ahli parlimen berdebat.bila kalah nak marah.sama la macam ******,bila dibangkang  ceritanya nak marah.ohh ____,sebenanya kami iyakan aja cerita kau.lalalala.**harap dia xbaca.part yang paling aku suka hari tue, *DULU AKU UMUR …..(baca sebelum mulakan baca setiap perenggan)

…….. 9 tahun cekgu selalu tanya,nanti besar nak jadi apa?aku yang berbaju kurung, comot macam kucing siam xmandi setahun mula sengih-sengih. jadi doctor cekgu! senyum Cikgu Normah dengar. bangga ke senyum perli aku xtaw sebab waktu itu lembu dengan kerbau pon aku tak tahu beza. *serius.

…….. 12 tahun kawan selalu datang dan pergi. sebab pantang bila kawan buat salah or lebih sikit, ohh dia jahat. kasut dia lagi vogue dari aku.xguna.*contoh.pulau! pulau dia!akhirnya menangis si polan tue.umur 12 tahun jugak library sekolah kami buat macam kem tahunan. nak main aci nyorok punya pasal, buku-buku kat rak alihkan dan baring kat situ. dulu kau kurus, boleh kau buat. Sekarang?

…….. 15 tahun sekolah menengah.kawan sekolah rendah yang pandai sikit dari aku dah tinggalkan kami. asrama lah. exam PMR. budak lain sibuk nak belajar sebab nak keluar dari sekolah 2, nak masuk sekolah Voka. konon sekolah tue x vogue macam kau. Pergi sebulan dua lepas tu jumpa lagi muka kau di sekolah yang sama. xserasi kat sekolah baru kononnya.biarlah. Asal kau bahgia.

…….. 17 tahun tahap kesedaran da naik sikit. nakal pon makin slow.ohh exam, exam.da xbole macam tue, da xbole macam nie. tapi part monteng kelas last sekali aku tinggalkan. eh kami.ada geng sekepala.Cik Nab. pantang waktu sejarah mesti nak monteng. bila monteng mesti bertandang kat bilik sukan dengan Cekgu Radi ataupun kat PSS dengan Cekgu Azman.ohh bahagia hidup sebab ada yang bake up. makin berganda-ganda kepontengan kelas aku.

……... 21 tahun aku kat tempat orang. mak su cakap aku anak makayah yang jauh merantau.umur 18 tahun,dorang * adik beradik aku yang lain xpernah pegi JB sorang2 naik keretapi aku pernah. dorang xpernah sampai tempat asing macam nie aku pernah. mak cakap xkisah pegi jauh mana,tapi asalkan ingat dari mana kau datang. sekarang aku da kat sini.dengan kawan Universiti,dengan suasana baru kat sini.dan NANTI  bila aku umur …………………………..

                                       Description: https://3.bp.blogspot.com/-YIMTFar1MIU/TvP9U8d0U3I/AAAAAAAAAVY/BZR7f5bay2Q/s320/GrowUp_gal_ambitions.jpg

BERSAMBUNG


tidor dulu dan sekarang

Assalamualaikum …

1998 Zaman Hingusan
Tiap kali pagi xkira sabtu dan ahad aku yang paling excited bangun pagi. Sebab kartun paling banyak waktu ini. Makbapak juga ada. Ini waktu nya.

Aku : maaakkkk! Jom pegi jalan
Mak : zzZZZzzz .. tido
Aku : Ayah?
Ayah : zzzzZZZZZZZZZZzzz

Kenapa hidup orang dewasa, tidur lebih segalanya. Tak nampak ke orang depan mata.

2011 Zaman Baru Dapat Beza

A                 : hari nie hari minggu, jom keluar.
Aku             : Malas la. Nak tidur.
Dorang        : sok xda kelas.overnight ramai2 tengok movie.
Aku             : zzzZZzzzzz .. tido
Dorang        : sok kelas kul 8, tido pkul 11 la
Aku             : zzzzzZZZZZ .. tido kul 8
Mak/ayah     : kringg ! kringgg! Eh tido?
Aku             : Aah ..letih jalan kaki hari hari g kelas mak.


Zaman baru dapat beza. Hujung minggu je yang ada. Hari lain, perah otak buat assignment, uruskan event, meeting group bla bla bla. 
Instagram

More

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...