Masum 2012, Terengganu


Assalamualaikum

Entry yang lama ditulis tapi makan nasik dan masa untuk dipublish.sampai la kalian dan boleh tekan READ MORE kat benda ni.kadang-kadang aku pelik dengan diri sendiri.eh bukan kadang-kadang tapi selalu.sebab banyak kali dan erti kata lain sentiasa ada unfinished work.bapak malas.mak malas.anak malas dan cucu malas.

Pengalaman ke Terengganu kali ini lain dari yang lain.sebab dihantar orang atas untuk belasah orang Terengganu.hah jangan percaya.pergi sebab USU (Unit Sukan Unimas) hantar untuk event Masum 2012.dua hari sebelum pergi,aku macam dikejar paparazzi yang perlukan cerita yang tah apa-apa.then nama naik untuk dihantar pergi.musykil.aku yang malas turun kalau ada training.aku yang ngelat kalau disuruh berlari sesuka hati.aku bla bla bla bla bla bla bla ………..dan kini dihantar oleh USU untuk ke negeri tepi laut.phewwwwittttt

Untung la leh naik flight bak kata mulut2 orang.siapa cakap.flight free support by Unimas tue ya best.tapi kalau dibagi pilihan flight dan bus,aku pilih naik bus.perjalanan nak sampai ke Terengganu kena naik 2 flight.sampai Ganu aku rasa tulang belakang aku macam sotong yang dipulas-pulas.disebabkan oleh kerusi flight yang tak boleh dibaringkan.dah la xboleh nampak aweks cun lalu lalang kat bawah macam kita naik bus.ahh unlike disitu.




Esoknya




Dengan kawan baru.Cik Emmy Han, wakil UMS


Sesi menjahanamkan duit



Jalan-jalan dengan Abang Botak,abang aku.




Car supported by Universiti Malaysia Terengganu.tenkiu :)


Ohh lupa nak cakap,aku pegi dengan kak dayang,orang kuat dan berotot USU.bercinta dengan kak dayang 3 hari.ada benda yang aku tak puas hati dengan kak dayang.Sebab orang yang kami jumpa selalu anggap kak dayang tak kahwen lagi.ehhhhhhh tidaakkk.kak dayang juga suka cakap dia students macam aku.ahh rasa macam nak jerit kak dayang sebenarnya pengurus not a students.tak kira, nak cakap jugak kat sini.kak dayang already marriage.haha.






Bulat Macam Bola


Assalamualaikum

Our life is circle.and I admit,I was under at this moment.masalah yang datang akan buat kita lebih dewasa.jangan takut.bergeraklah.dengan bergerak ke hadapan,kita sentiasa di hadapan.kita akan jatuh,tersilap,dikhianati,diuji.

tetapi 

dengan masalah lah kita akan belajar untuk menjadi yang lebih baik.kita tidak akan selalu dapat apa yang kita mahukan,tetapi kita boleh sentiasa berusaha.sedar ataupun tidak walaupun kita tidak dapat apa yang kita mahukan dengan telah berusaha ke arahnya,kita mendapat pengalaman, pengajaran yang menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.kadang-kadang Allah SWT tidak beri apa yang kita mahukan tapi diberikan apa yang kita perlukan.

Inshaallah dengan yakinkan diri Allah selalu bersama hambanya.Tanpa Syarat.


Melambai Kenangan


Assalamualaikum

Menulis untuk mengingati di mana permulaannya.di mana kita dulu dan sekarang.

makin jauh ia pergi.makin jauh kenangan itu.titik-titik mula kabur
.
Di mana masa lampau.sumpah aku rindu kenangan kita dahulu.

zaman anak remaja bersama dunia mereka.


Kini masa dan kenangan itu makin jauh.kawan semua sudah terbang mencari diri sendiri.sudah pergi.hanya tinggal kenangan-kenangan kita untuk bekalan hari dewasa bersama diri sendiri.makin hilang gelak tawa itu, makin sayu tinggalkan kita


Profession Baru Di Alam Baru


Assalamualaikum

Baru habis kelas prep.tengok picture2 yang ada.mengamit melambai kenangan.uhh ayat sadis pernah aku buat nieh.tengok picture zaman skola ngan sekarang.satu ja yang aku nampak bezanya.i become a chubby women.arghhhhhhhhhhh..punca kejadian anatra sahih ke tak sahih ja.sebab aku da lama tak main sukan.sukan aku kat unimas ni sukan camera,sukan fesbuk dan sukan sapa makan paling banyak.

Zaman sekolah menengah,bab sukan paling terer.sebab bab belajar dah out.tak lah out samapi tak boleh go tapi tak kena jiwa.entah kenapa main sukan pulak sukan yang menyakitkan jiwa dan raga.dua game ja yang kena jiwa aku.silat ngan hoki.orang main hoki,kami main.orang tengah padang bola hoki yang ke depan,kami kayu hoki yang ke depan.silat orang mainikut adab,aku main biadap.lebam anda2 ya.maaffffff..dulu budak2 yang main netball kami panggil disgusting,annoying dan macam2 ying lagi.kenapa lah kaki xboleh gerak main game nie,kenapalah terlompat sana sini game nie,kenapalah terjerit2 camtu game nie.banyak persoalkan kenapa2 dan kenapa.pendek kata kami benci netball dan budak netball.

Sampai sini

Ahh malas cakap.kat sini dapat main silat ja.hoki aku terkubur.yang paling sadis hoki dah jadi NETBALL.tepuk kepala diri sendiri.mula main aku rasa macam aku jadi kucing yang kiut di kandang rimau.*gila perasan kiut*.aku tak tahu nak mainnn !uwaaaaaa .. kalau tak disebabkan kena paksa ngan makcik2 kelas nie,sumpah tak main.bila tiba hari game,ohh lupa.kami main game fakulti.main macam kentot tak lepas.layan ja.aku tak tahu apa aku buat.tapi hahaha *gelak hentak2 meja* dapat no 3 ja.dari nom berapa itu rahsia.atien si gila tanya,aku da tukar prossion kah.soalan yang disgusting.tapi yalah,profession baru.aku sudah jatuh cinta sama netball.<3

kami bernetball-netball









Hakikat Sebenar Siapa Penunggu Jalan Tabuan


Assalamualaikum

Malam jeng jeng jeng bersama cik kodok dan cik raksasa.malam kami bersama penunggu jalan tabuan jaya.siapa yang pernah lalu sini mesti tahu yang tempat ni keras.dan malam tu, malam april aku jugak rasa benda yang sama.ya,tempat tu memang keras.apatah lagi kami yang lalu ditengah malam.keras ya keraas.keras dengan jalannya,keras dengan simen konkritnya.*puihhhh.

Plan A jadi plan Z.apa pon tak jadi.konon tension sebab esaimen tunggu turn dan ambil nombor ja nak habiskan.tapi diri sendiri buat macam mesin rosak yang tak mahu jalan.tension ja lebih,kerja mana tak jalan.macam kentot tak lepas.konon kua sebab nak ambil mood.minggu last keluar sebelum berhempas-hempas kertas esaimen dan keyboard lappy.tengok wayang dan makaannnnn.maen game sikit.*harap mak xbaca dan xtahu apa aku tulis nie.*

Balik hanta cik Gemok,keluar pegi airport.ambil mood nak balik.cewaaahhhhhhh….puihhhh muntah ijo. Nak berjalan dan mengabiskan minyak kereta sebenarnya.ehh lupa,kami keluar balik sebab kereta free dari abang yang sewa.ingat senang nak dapat, jadi kami keluar lah.*muka tak bersalah walaupun dah buat salah besar*.keluar dan keluar.bila badan rasa macam dihempap gorilla tua,penat baru tahu jalan balik arah mana.

Dalam kereta,tiba-tiba…bala dah sampai.tayar kereta pancit.rahsia negara keluar tanpa pemberitahuan akan terbongkar.nak call gemok confirm kena marah.call orang rumah dia suh datang lagi takut.call la orang nie.konon boleh percaya rahsia nanti selamat.tapi ..tak boleh percaya juga.cukup la sekali tue ya manusia.takda lagi.kami diam sejuta kata dalam kereta.*aku up,tak nak seribu.tanpa ada bunyi kereta lalu lalang,tanpa ada suara radio.senyap.
Duduk dalam kereta diam-diam.tunggun bidan penyelamat sampai.naseb baek ada.dalam kereta tak nak cakap apa-apa sebab tak nak tempah bala lain.sebelum aku dibunuh dan dicekik beregu dari cik kodok dan cik raksasa baik aku diam.mungkin dorang jugak fikir benda yang sama.bidan dah sampai dan kami selamat.fuhhhhhhhhhhhh ….tragedi april.11 haribulan ya.hari Rabu.tak lupa.suka bila ingat balik esoknya tapi lusa nya tak suka.kena marah.what the kentot.huh

Dari kami penunggu jalan



Luah Telan Sama Rasa


Assalamualaikum

Bangun tidur aja dah gelap.aku konpius dengan otak sendiri.tak tahu pagi ke malam.aku rasa tadi tidur aku agak lena dan panjang sebab tidur macam biasa.balik kelas lepas ja maghrib terus tido sampai nak abis isyak.perangai teruk sem 1 masih tak boleh nak di kata.kalau ada pistol koboi, aku dah layak kena tembak.

rasa nak menjerit yang tak semena-mena.biar keluar semua benda yang aku nak keluar.masalah makin kuat makan(berat).kalau boleh itu antara kita.tapi kau sendiri libatkan dia.kau buat hal mengenai dia.aku terpaksa.di luah telan sama rasa.maaf lah untuk kau.


Instagram

More

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...