Tak Gila Tapi Kerja Macam Orang Gila


Assalamualaikum

Masuk minggu kedua praktikal.okeh,ada lagi 6 minggu.pastu boleh balik raya then cuti puas-puas sampai lebam bengkak dan sewaktu dengannya.lepas roadtour di Behrang,hari snin masuk ofis.mata macam mata panda nak beranak.lebam semacam gara-gara masa tidur yang tak sekolah.layan ja.kadang-kadang nampak bos macam 2.ada kembar ke bos nie.hari selasa diarahkan untuk follow shoting production lain,Radius One.

Radius One yang buat cerita Ramdahan Terakhir,Sindarella dan apa tah lagi.kalau korang familiar la dengan tv,mesti korang tahu yang mana satu.macam company besar.abang-abang kat dalam prod nie pun besar.lalalala.first ikut shoting bersama retis-retis yang cool like a Nabila Huda, Mustapha Kamal, Elli Suriati dan banyak lagi.kali nie kami ikot shot untuk cerita yang nak bakal tayang raya puasa nanti, 7 Ramadhan.

Kena tengok tahu.wajib.sebab,sebab,sebab .. aku kena paksarela berlakon.aduh la!rasa nak bunuh diri,dulu projek rtm kat serikin aku boleh lari.kali nie tak boleh lari sebab kami di bawah arahan bos,practical student must learn.ohoooiiiii cik mek molek.rasa nak bunuh diri darjah keempat.ahh layan.dari jadi pelakon yang tak berapa nak sekolah sampai la jadi technical part.apa ja yang aku tak panjat.

Kerja dari hari selasa sampai hari ahad,straight.kerja,1st shoting  sama pengarah drama terbaik Shahrulezad .humble pengarah nie.style pengarahan cool gila.waktu mengarah,mengarah.time pelakon tengah amik mood berlakon dia sempat main game lagi.jugak bersam crew-crew yang sporting dan ramai.contoh macam prop depart.crew setia Mamat Khalid.



No comments:

Post a Comment

Instagram

More

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...